ASSALAMUALAIKUM... terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya ini sebagai anak jati Perlis.Tujuan saya menulis blog ini adalah ingin berkongsi infoRmasi tentang negeri Perlis kepada semua orang. Mungkin maklumat yang anda dapat melalui blog ini tidak mencukupi. Tapi saya berharap sedikit sebanyak infoRmasi berguna kepada sesiapa yang membaca blog ini. Saya akan cuba update dari semasa ke semasa segala infomasi dan akan cuba menghasilkan informasi-informasi yang terbaik.
Wednesday, 29 May 2013
WaNg KeLiaN
Assalamualaikum.. Apa habaq semua.. Kali ni aku nak bawak semua p jalan-jalan kat Wang Kelian. Wang Kelian merupakan pintu keluar masuk antara Malaysia dan Thailand. Serba sedikit tentang Wang Kelian, ianya mula dibuka sejak 1992. Pintu keluar masuk Wang Kelian ini merupakan Pintu Sempadan Antarabangsa yang memberikan kebebasan utk rakyat dua negara ni keluar masuk pd setiap hr Sabtu dan Ahad tanpa sebarang dokumen.
Tuesday, 28 May 2013
TASIK MELATI
Assalamualaikum.. Harap2 semua sihat2 belaka.. Kali ni aku nak cerita tntang satu tempat yang namanya Tasik Melati.. Bukan yang lagu Putih2 Melati tu tau.. huhu..
Tasik Melati terletak 8km ke utara Kangar dlm kawasan seluas 10 hektar. Tasik ni tasik buatan manusia tau.. Asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar yang dipenuhi tumbuhan liar :))
GuA KeLaM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. apa habaq? This entri.., ayuhh kita ke Gua Kelam. Sapa yang penah mai sini, sila angkat tgn.. hehe.. Gua Kelam menyimpan seribu satu khazanah dan merupakan destinasi yang x asing bagi pelancong dalam dan luaq negara.Perjalanan menuju Gua Kelam dari Kangaq cuma 36 km dan berhampiran dgn pekan kecil Kaki Bukit.
Sebelum tu, aku nak cerita dulu serba sikit tentang Gua Kelam..
Gua Kelam dapat nama disebabkan kegelapan gua itu dan terkenal sebagai penemuan perlombongan bijih timah di dlm gua yang menghasilkan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua Kelam juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Sekarang, tiada lagi aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan Gua Kelam ni..
Tuesday, 21 May 2013
SuNGai BaTu PahAt
Assalamualaikum.. Hai semua.. Kali ni meh kita tgk apa pulak yang ada kat Sungai Batu Pahat ni.. Jgn ingat kat Johor ja ada Batu Pahat.. Kat Perlis ni pun ada tau.. Sg Batu Pahat cuma 12km ja dari Bandar Kangar.
Dalam perjalanan ke Sg. Batu Pahat, kita akan lalu ladang mempelam ( mangga) harummanis.
Dalam perjalanan ke Sg. Batu Pahat, kita akan lalu ladang mempelam ( mangga) harummanis.
Ha... buah mempelam harummanis ni cuma ada di Perlis saja tau.. :))
Monday, 20 May 2013
PaDaNg BeSaR
Assalamualaikum.. hai semua.. kali ni aku nak cerita tentang suatu tempat yang diberi nama Padang Besar.. (cewahhh... ayatt skema x boleh blah tu..) <----sila abaikan..huhu :P
Padang Besaq ngan Kangaq cuma 34km ja..
Sunday, 19 May 2013
MuZiuM KoTa KaYaNg
Lebih kurang 15 minit saja dari bandar Kangar ke Muzium Kayang..
aRau
Arau ni adalah sebuah bandar diraja . Jarak antara Arau dari Kangar cuma 10 kilometer. Kira x lama pun la nak p Arau ni. Dengaq cerita dari mak aku, keturunan kami ni ada la jugak darah keturunan dari Raja Perlis ni. Ni kes nenek moyang aku dulu kawen dgn kerabat diraja . Maknanya ada jugak la darah Syed Jamalullail tu, tapi sikit ja la.. hehe.. :))
Ni pintu gerbang pertama yang akan di lalui kalau nak Arau. (dari arah Kangaq tau)
Subscribe to:
Posts (Atom)