Tuesday 28 May 2013

GuA KeLaM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. apa habaq? This entri.., ayuhh kita ke Gua Kelam. Sapa yang penah mai sini, sila angkat tgn.. hehe.. Gua Kelam menyimpan seribu satu khazanah dan merupakan destinasi yang x asing bagi pelancong dalam dan luaq negara.Perjalanan menuju Gua Kelam dari Kangaq cuma 36 km dan berhampiran dgn pekan kecil Kaki Bukit.


 Sebelum tu, aku nak cerita dulu serba sikit tentang Gua Kelam..
Gua Kelam dapat nama disebabkan kegelapan gua itu dan terkenal sebagai penemuan perlombongan bijih timah di dlm gua yang menghasilkan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua Kelam juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Sekarang, tiada lagi aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan Gua Kelam ni.. 




Yeah..kita dah sampai.. :))



Gua Kelam terletak di Banjaran Nakawan di dalam Hutan Simpan Wang Mu iaitu sebahagian drpd Taman Negeri Perlis.




Kat pintu masuk ke gua.. Jom kita masuk.. :)

Bayaran nak masuk cuma RM1.00 saja bg dewasa n RM0.50 bagi kanak-kanak.. Murah kan???
Kalau nak tau lebih lanjut tentang Gua Kelam, boleh tgk kat sini SINI.


Gua Kelam mmerupakan gua batu kapur. Kat dalam gua ni, ada satu jambatan kayu sepanjang hapir 400m yang menghubungkan ke exit gua ni yang satu lagi. Sepanjang jambatan tu, ada sungai mengalir malalui banjaran batu kapur. Sungai bawah tanah ni adalah fenomena semulajadi tau.. :))
Bekalan elektrik juga disediakan utk pelawat menikmati keindahan dalam gua.


Haa...Ni la rupa kat dlm Gua Kelam.. 



Stalaktit dan stalagmit yang membentuk gua batu kapur ni dah berusia jutaan tahun dahulu membentuk struktur2 yang sgt indah dan mengujakan.. :))



Menikmati keindahan di dalam gua.. 



Sambil berjalan, kita akan mendengar bunyi air dari anak sungai yang mengalir di bawah, bunyi decitan kelawar dan titisan air dari bongkahan stalaktit bergabung membentuk bunyi semulajadi yang unik. 







Bentuk-bentuk takungan air bertingkat terhasil dari proses hakisan dan titisan air.




Dah sampai pintu keluar gua.. Ni aku dgn mak.. :))



Kat sebelah belakang gua pun ada air terjun.. 
Tak sabaqnya nak mandi- manda.. hehe.. :))



Gua Kelam dah ada Secret Garden..
Sgt cantik okay.. :))


Menikmati keindahan alam semulajadi.. Tenangnya rasa.. :)


Haa... kat batu2 belakang tu la tenpat berlakon 
Filem Jangan pandang Belakang Congkak.. :))



Gua Kelam sesuai dijadikan tempat berkelah bersama keluarga ataupun nak tenangkan fikiran.. 
Memang sesuai sgt2 .. 



Okay.. dah penat main air.. Dah nak balik dah.. 

Jumap lagi pada entri yang lain.. Kita tgk apa lagi yang best kt Perlis ni.. :))




No comments:

Post a Comment