Tuesday 21 May 2013

SuNGai BaTu PahAt

Assalamualaikum.. Hai semua.. Kali ni meh kita tgk apa pulak yang ada kat Sungai Batu Pahat ni.. Jgn ingat kat Johor ja ada Batu Pahat.. Kat Perlis ni pun ada tau.. Sg Batu Pahat cuma 12km ja dari Bandar Kangar.

Dalam perjalanan ke Sg. Batu Pahat, kita akan lalu ladang mempelam ( mangga) harummanis.


Ha... buah mempelam harummanis ni cuma ada di Perlis saja tau.. :))



Replika mempelam harummanis.. :))



Ni dia memepelam harummanis.. 
musim mempelam harummanis ni adalah pada penghujung April/ awal Mei.. 





Boleh kata sepanjang jln tu, ada ja orang jual mempelam.. :))



Bau dia sgt harum dgn isi yang kuning, 
lebih enak lagi kalau di makan dgn pulut. :))
Kalau nak dpt informasi lebih lanjut tntang harummanis, boleh klik HARUMMANIS.


Selain tu, kat Sungai Batu Pahat ni jugak ada Taman Anggur.. Haa... jgn terkejut pulak ea.. Masa mula2 Jabatan Perlis nak kendalikan Taman Anggur ni, macam2 reaksi dari orang sekeliling. Kira cam x pcyalah yang Malaysia blh keluarkan anggur yang sihat dan subur. Aku pun mati-mati lah ingat kan anggur hidup kat tempat sejuk. Buah oversea lah katakan.. hehe :)) Tapi, xdak yang mustahil.. Perlis boleh! wah! :))



Boleh nampak ni kat tepi jalan arah ke Bukit Ayer..



Kalau semua nak tau.. anggur ni akan hidup subur di negara yang bercuaca panas. 
dia memang x suka hujan dan ada timing utk siram. Kalau kena air yang berlebihan, boleh manyebabkan buah anggur tu rasa masam.
Tempoh matang pokok anggur ni antara 8-12 bulan. Buah anggur ni xdak musim tau.. :))



Pokok-pokok anggur  ni di tanam di dlm rumah pelindung utk mengelakkan serangan serangga perosak.




Dah habis cerita pasal anggur. 
Sepangjang jln tadi, terus ke depan sikit, akan nmpak signboard ni..




Masuk sikit ja lorong tu, dah sampai dah..
Ni la dia tempat menghasilkan madu Perlis.



Kat dlm kotak tu la depa ternak lebah.. Bila madu terhasil, depa akan campurkan madu tu dgn pokok misai kucing. Katanya, campuran tersebut blh menjadi penawar  pelbagai jenis penyakit.




Pokok Misai Kucing..














Proses utk menghasilkan madu.



Tiba2 ternampak kucing yang sgt comel ni..geram tgk bulu dia..
tuan dia cakap, umur dia x sampai 6 bulan pun lagi.. :P


Dah selesai cerita madu lebah, jum kita p Hutan Lipur Bukit Ayer pulak.. Bukit Ayer ni menarik utk pelbagai aktiviti seperti mandi manda, berkelah dan beriadah. Masuk percuma tau.. :))












Ada ketapi tau.. blh naik ni p pusing2 sekitar Sungai Batu Pahat.. :))










Sebenarnya, macam-macam lagi yang ada tau kat area Sungai Batu Pahat ni.. tgk la.. :)




Nk tau lagi, blh tgk sini HERBA






















No comments:

Post a Comment