Wednesday 29 May 2013

WaNg KeLiaN

Assalamualaikum.. Apa habaq semua.. Kali ni aku nak bawak semua p jalan-jalan kat Wang Kelian. Wang Kelian merupakan pintu keluar masuk antara Malaysia dan Thailand. Serba sedikit tentang Wang Kelian, ianya mula dibuka sejak 1992. Pintu keluar masuk Wang Kelian ini merupakan Pintu Sempadan Antarabangsa yang memberikan kebebasan utk rakyat dua negara ni keluar masuk pd setiap hr Sabtu dan Ahad tanpa sebarang dokumen.

Tuesday 28 May 2013

TASIK MELATI

Assalamualaikum.. Harap2 semua sihat2 belaka.. Kali ni aku nak cerita tntang satu tempat yang namanya Tasik Melati.. Bukan yang lagu Putih2 Melati tu tau.. huhu..

Tasik Melati terletak 8km ke utara Kangar dlm kawasan seluas 10 hektar. Tasik ni tasik buatan manusia tau..  Asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar yang dipenuhi tumbuhan liar :))


GuA KeLaM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. apa habaq? This entri.., ayuhh kita ke Gua Kelam. Sapa yang penah mai sini, sila angkat tgn.. hehe.. Gua Kelam menyimpan seribu satu khazanah dan merupakan destinasi yang x asing bagi pelancong dalam dan luaq negara.Perjalanan menuju Gua Kelam dari Kangaq cuma 36 km dan berhampiran dgn pekan kecil Kaki Bukit.


 Sebelum tu, aku nak cerita dulu serba sikit tentang Gua Kelam..
Gua Kelam dapat nama disebabkan kegelapan gua itu dan terkenal sebagai penemuan perlombongan bijih timah di dlm gua yang menghasilkan bijih timah yang bermutu tinggi. Gua Kelam juga menjadi jalan penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Sekarang, tiada lagi aktiviti perlombongan yang dijalankan di kawasan Gua Kelam ni.. 

Tuesday 21 May 2013

SuNGai BaTu PahAt

Assalamualaikum.. Hai semua.. Kali ni meh kita tgk apa pulak yang ada kat Sungai Batu Pahat ni.. Jgn ingat kat Johor ja ada Batu Pahat.. Kat Perlis ni pun ada tau.. Sg Batu Pahat cuma 12km ja dari Bandar Kangar.

Dalam perjalanan ke Sg. Batu Pahat, kita akan lalu ladang mempelam ( mangga) harummanis.


Ha... buah mempelam harummanis ni cuma ada di Perlis saja tau.. :))

Monday 20 May 2013

PaDaNg BeSaR

Assalamualaikum.. hai semua.. kali ni aku nak cerita tentang suatu tempat yang diberi nama Padang Besar.. (cewahhh... ayatt skema x boleh blah tu..) <----sila abaikan..huhu :P


  
Padang Besaq ngan Kangaq cuma 34km ja..

Sunday 19 May 2013

MuZiuM KoTa KaYaNg


Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam Mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua Semenanjung. Kalau nak tau sejarah kota kayang ni, kena la mai sini melawat.




Lebih kurang 15 minit saja dari bandar Kangar ke Muzium Kayang..

aRau

Arau ni adalah sebuah bandar diraja . Jarak antara Arau dari Kangar cuma 10 kilometer. Kira x lama pun la nak p Arau ni. Dengaq cerita dari mak aku, keturunan kami ni ada la jugak darah keturunan dari Raja Perlis ni. Ni kes nenek moyang aku dulu kawen dgn kerabat diraja . Maknanya ada jugak la darah Syed Jamalullail tu, tapi sikit ja la.. hehe.. :))



Ni pintu gerbang pertama yang akan di lalui kalau nak Arau. (dari arah Kangaq tau)